Selasa, 4 September 2012

[Majalah Fardu Ain] Rindu Sujud di Aya Sofya


“Masya ALlah, besarnya! Cantiknya!” pantas ungkapan tersebut terpacul dari mulut sebaik sahaja menjejakkan kaki di Aya Sofya, İstanbul. Penat lelah yang ditempuhi oleh kami untuk sampai di sini hilang dek terpukau oleh kemegahan senibinanya.

Kunjungan penulis bersama 2 lagi sahabat, Huzaifah Ahmad dan Izham Ismail ke İstanbul baru-baru ini adalah antara aktiviti dalam program ‘Wisata Madani Turki 2012’. Program ini merupakan salah satu daripada projek menjejak ketamadunan Islam oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD).

Latarbelakang Aya Sofya
Aya Sofya mula dibina pada tahun 350 Masihi oleh Maharaja Empayar Byzantium, Constantinus II. Ketika itu, dikenali sebagai ‘Megalle Ekklesia’ yang bermaksud Gereja Besar. Gereja ini rosak teruk akibat kebakaran pada 414 Masihi dan dibina kembali oleh Theodosius II. Pada tahun 532 Masihi ia musnah sekali lagi akibat dibakar dalam peristiwa ‘Victory Riots’ dan mula dibina semula pada tahun yang sama.

Pembinaan Aya Sofya yang bermaksud ‘hikmah suci dari Tuhan’, siap buat kali ketiga pada tahun 537 Masihi. Semenjak itu, bangunan ini telah digunakan untuk upacara-upacara besar Empayar Byzantium (Rom Timur) dan keagamaan seperti pertabalan maharaja, sambutan kemenangan peperangan, perkahwinan diraja dan synod (perbincangan jawatankuasa gereja).

Transformasi gereja kepada masjid
Segerombolan tentera Uthmaniah yang gagah seramai hampir 100,000 orang dipimpin oleh Sultan Muhammad al-Fatih bertembung dengan tentera Byzantium di bawah pimpinan Maharaja Constantine XI Palaiologos di Konstantinopel. Akhirnya, selepas 53 hari bertempur, iaitu pada 29 Mei 1453, Konstantinopel berjaya dikuasai tentera Osmaniyah sekaligus menandakan hancurnya Empayar Byzantine.


[Untuk bacaan selanjutnya, sila dapatkan naskhah Majalah Fardu Ain Edisi 15 di 'outlet' berhampiran anda]

Tiada ulasan:

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP