Rabu, 19 Jun 2013

Makam Fatih Sultan Mehmed

Makam Fatih Sultan Mehmed - pandangan dari luar
(bangunan besar di belakangnya adalah Fatih Jamii)
Kembara kami diteruskan dengan mengunjungi Masjid dan Kompleks Fatih, atau dalam bahasa Turki disebut Fatih Camii ve Külliyesi. Kami hanya berjalan kaki meneruskan kembara memandangkan jarak yang tak berapa jauh dari rumah Mehmet. Kami ditemani Sinan, sahabat Mehmet.

Kompleks Fatih asalnya merangkumi Masjid Fatih, pusat pengajian (rendah, menengah, tinggi), pusat tahfiz (Darul-Quran), hospital, rumah tamu, dewan makan percuma, karavansaray, bilik mandi umum, kutub khanah, menara jam, serta makam Fatih Sultan Mehmed dan isterinya.

Kemudiannya 425 jenazah yang terdiri dari tokoh Osmanlı turut dimakamkan di kompleks ini. Mereka terdiri dari ulama', ahli sufi, mujahidin, pembesar dan juga sasterawan / seniman.

Sabtu, 8 Jun 2013

Simposium Antarabangsa Risalah An-Nur dan Kesatuan Islam ke-6

Tayangan multimedia pembukaan simposium
(bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa rasmi simposium)

Antara tetamu kenamaan simposium: 
Syeikh Raed Solah (Palestin) dan YAB Bekir Bozdağ (Timb. Perdana Menteri Turki)

Jumaat, 7 Jun 2013

Catatan Wisata Madani Turki


Mari Belajar Bahasa Turki!


ALHAMDULILLAH, rasa amat bersyukur apabila kami berjaya mendapatkan naskhah buku ini, "Modern Turkish - A Complete Self-study Course for Beginners".

Bagi mereka yang bercadang untuk berada di Turki dalam jangkamasa yang panjang atau kerap, buku ini amat baik untuk ditekuni sebelum ke sana.



Buku ini diolah khas bagi mereka yang tidak punya masa untuk menghadiri kelas Bahasa Turki secara formal. Penerangannya walaupun ringkas, namun mampu meningkatkan pemahaman asas bahasa Turki.

Khamis, 4 April 2013

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP