Selasa, 25 November 2008

Assalamualaikum, Hoşgeldiniz!

Assalamualaikum, ve hoş geldiniz!

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi singgah di weblog GPTD Turki ini.

Sukacita dimaklumkan, weblog ini merupakan laman rasmi bagi Kelab Badiuzzaman - GPTD Turki menggantikan 2 laman yang sebelumnya. 2 laman sebelumnya menghadapi masalah teknikal menyebabkan terpaksa dibuka laman yang baru (dan moga yang terakhir, insya ALlah!)

Selain memuatkan koleksi bahan dari laman-laman terdahulu, laman kali ini menampilkan lebih banyak pilihan. Ruangan tokoh, Ustaz Badiuzzaman Said an-Nursi; laman sejarah Dawlah (Kerajaan) Osmaniyah; ruangan Bahasa Turki, dan lain-lain disediakan bagi menambahkan manfaat laman ini, insya ALlah.

Makluman aktiviti juga akan dibuat melalui laman ini. Jemput-jemputlah ziarah laman ini dari semasa ke semasa ya?

Sekali lagi terima kasih atas kesudian saudara dan saudari melayari laman ini. Sonra görüşürüz!

Rabu, 27 Ogos 2008

Budaya Melayu Brunei Pengukuh Keislaman

Rencana oleh najm29@yahoo.com
[Utusan Malaysia, 26 Ogos 2008]


AZAN Subuh telah berkumandang. Kami berempat bergegas ke kenderaan pacuan empat roda milik keluarga Ali. En. Azam dan Ali telah pun menunggu di dalamnya. Sebaik sahaja saya menutup pintu, kenderaan yang kami naiki terus bergerak menuju masjid yang berdekatan.

“Belum pun pukul 5? Masih awal..” Saya melihat jam tangan, apabila merasakan tidur yang dinikmati belum cukup. “Awal rupa-rupanya solat Subuh di Borneo ni.”

Sebaik kami melangkah masuk ke ruang solat Masjid Kg. Pulaie, beberapa pasang mata tertumpu ke arah kami. Barangkali jemaah di sini perasan yang kami bukanlah ahli kariah masjid ini.

Salah seorang jemaah di dalam masjid tersebut menarik tangan Ali, barangkali bertanyakan asal kami. “Dari Semenanjung, orang Malaysia,” balas Ali. Saya hanya tersenyum.

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP