Rabu, 2 November 2011

Kenapa ke Luar Negara?

Assalamualaikum wa rahmatulLahi wa barokatuH

Selama berkecimpung dalam GPTD, 2 soalan yang biasanya akan ditanya adalah:

  1. Kenapa GPTD kaji tokoh Islam / masyarakat Muslim luar negara?
  2. Nama GPTD letak TAMADUN DUNIA, tapi kenapa skop kajian hanya tumpu pada TAMADUN ISLAM je?
Ada juga yang langsung tak tanya apa-apa. Tapi yang ni biasanya yang jenis tak ambil peduli pasal GPTD. Hehehe...

Dalam ruangan yang terhad ni, saya nak bincang pasal soalan nombor 1 dulu. Hmm... bagaimana nak jawab ya?

Apa yang ada pada Muslim lain selain Malaysia? Banyak. Macam-macam ada. Bahasa, pakaian, makanan, adat resam, warna kulit, hampir semuanya BERBEZA. Tetapi yang satu tu tetap SAMA, AQIDAH ISLAMIYAHnya.

Kami ke luar negara bukan untuk melancong atau suka-suka. Bukan sekadar ambil gambar dan papar di laman sosial. Bukan sekadar nak merasa naik kapal terbang. Itu semua pakej yang kami perolehi dalam gerak kerja kami. Alhamdulillah.

Kami cuba menghayati beberapa firman ALlah S.W.T. berkaitan mengembara. Antaranya adalah:


"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah."
(Surah Ghafir, ayat 21)

Ahad, 30 Oktober 2011

Kesan Gempa Kuat di Van


Pada hari Ahad 23 Oktober 2011, jam 01:41 tengah hari waktu Turki, gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter telah melanda Van. Gempa tersebut telah menyebabkan kemusnahan teruk pada bangunan dan menyebabakan kematian.

Van merupakan wilayah yang terletak di bahagian tenggara Turki dan bersempadan dengan negara Iran. Mengikut maklumat rasmi, penduduk Van mencecah 1.05 juta (satu juta lima puluh ribu) orang.

Ahad, 19 Jun 2011

Fatih @ Konvensyen Pelajar Islam Kelantan 2011

Mentor GPTD Turki, Sdr. Najmuddin telah membentangkan kertas kerja Pelajar Dinamik, Penjana Generasi Madani - Teladan Sultan Muhammad al-Fatih di Konvensyen Pelajar Islam Kelantan 11/2011 yang diadakan di Kota Bharu.
(Baca selanjutnya)

Jumaat, 3 Jun 2011

Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453


(Foto: saifulislam.com)

Lebih 100 orang peserta telah memeriahkan Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453 anjuran One Heart Creative Solutions dan Ibrah Paradigm Training & Consultancy dengan kerjasama GPTD, pada 28 Mei yang lalu di Kuliyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Program GPTD yang telah dirancang awal bersama Pak Latip pada tarikh yang sama di salah sebuah institusi perguruan, terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada program yang bersejarah ini.

Selasa, 12 April 2011

Kerajaan Awal Turki

Bangsa Turki tinggal di sekitar Pergunungan Altay, selatan Sungai Yenisey di Siberia Utara. Mereka mendakwa berketurunan Ya’feth, anak lelaki Nabi Nuh a.s.

Tokoh yang terkenal dari bangsa ini dikenali sebagai Oğuz Han.

Melalui zuriat beliau, lahirlah keturunan yang kemudiannya berkembang menjadi pelbagai puak, antaranya puak Salur.

Salur dikatakan hidup pada zaman RasululLah S.A.W. dan anaknya, Çanak Han memeluk Islam. Puak-puak yang lain turut mengikut jejak puak Salur dengan memeluk Islam.

Puak-puak yang memeluk Islam ini kemudian digelar ‘Türk-i İman’ (puak Turki yang beriman). Ia juga disebut Türküman (Turcoman) dan hari ini ia lebih masyhur sebagai Türkmen.

(Bacaan lanjut)

Isnin, 31 Januari 2011

Seminar Baldatun Toyyibah II: Model Uthmaniyyah

24 Safar 1432 (29.01.11), Universiti Malaya - S.U.A. GPTD merangkap Ketua Grup GPTD Turki, telah menghadiri "Seminar Baladatun Toyyibah II: Model Uthmaniyyah" anjuran Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Cawangan Selangor.

Seminar ini merupakan yang kedua selepas penganjuran siri yang sama membentangkan Model Andalusia.

Sebanyak 9 kertas kerja yang dibentangkan oleh 8 pembentang merangkumi jatuh bangun kerajaan Osmanlı, perkembangan fiqh di zaman tersebut, aspek kewarganegaraan dan ekonomi.

Kertas kerja yang dibentangkan adalah sangat bagus dijadikan rujukan bagi mereka yang berminat mendalami pengetahuan berkenaan kerajaan Osmanlı, khususnya penggerak GPTD Turki.
[Baca selanjutnya]

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP