Khamis, 27 Oktober 2016

Forum PTS Perdana: Erdogan Bukan Pejuang Islam?

Acara forum, PTS PERDANA "Erdogan Bukan Pejuang Islam?" akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 30 Oktober 2016 (Ahad)
Masa: 11 pagi - 1 petang
Tempat: Pesta Acara, Pesta Lelong Buku Putrajaya, Dewan Cempaka Sari Presint 3, Putrajaya.
 
Jempu hadir beramai-ramai!!

Khamis, 13 Oktober 2016

Erdogan Bukan Pejuang Islam? (PTS Publishing House)

Buku Erdogan Bukan Pejuang Islam? terbitan PTS Publishing House menampilkan satu perspektif mengenai kepimpinan Recep Tayyip Erdoğan serta ulasan terhadap cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki baru-baru ini.

Antara perkara yang disentuh dalam buku ini termasuklah: 
  • sejarah ringkas kerajaan Usmaniyah, 
  • transisi daripada Khilafah Usmaniyah kepada Republik Turki,
  • latar belakang dan kepemimpinan Erdoğan, 
  • kronologi cubaan rampasan kuasa 15 Julai 2016,
  • ulasan mengenai rampasan kuasa 15 Julai 2016, dan
  • perspektif mengenai masa depan Turki dan dunia Islam. 
Buku ini boleh didapatkan di kedai buku berhampiran anda atau secara dalam talian Bookcafe PTS. 

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP