Khamis, 27 Oktober 2016

Forum PTS Perdana: Erdogan Bukan Pejuang Islam?

Acara forum, PTS PERDANA "Erdogan Bukan Pejuang Islam?" akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 30 Oktober 2016 (Ahad)
Masa: 11 pagi - 1 petang
Tempat: Pesta Acara, Pesta Lelong Buku Putrajaya, Dewan Cempaka Sari Presint 3, Putrajaya.
 
Jempu hadir beramai-ramai!!

Khamis, 13 Oktober 2016

Erdogan Bukan Pejuang Islam? (PTS Publishing House)

Buku Erdogan Bukan Pejuang Islam? terbitan PTS Publishing House menampilkan satu perspektif mengenai kepimpinan Recep Tayyip Erdoğan serta ulasan terhadap cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki baru-baru ini.

Antara perkara yang disentuh dalam buku ini termasuklah: 
  • sejarah ringkas kerajaan Usmaniyah, 
  • transisi daripada Khilafah Usmaniyah kepada Republik Turki,
  • latar belakang dan kepemimpinan Erdoğan, 
  • kronologi cubaan rampasan kuasa 15 Julai 2016,
  • ulasan mengenai rampasan kuasa 15 Julai 2016, dan
  • perspektif mengenai masa depan Turki dan dunia Islam. 
Buku ini boleh didapatkan di kedai buku berhampiran anda atau secara dalam talian Bookcafe PTS. 

Ahad, 24 April 2016

[UM] Kembara Menjejak Warisan Uthmaniyah

Pada hari Selasa, 18 Rejab 1437H / 26 April 2016 ini saya dijemput untuk berkongsi maklumat dalam program anjuran Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Kepada yang berkelapangan, jemput hadir!

Selasa, 12 April 2016

Perkongsian WMT di UMK, Kelantan

Kisah kembara Wisata Madani Turki telah dikongsikan pada Ahad, 2 Rejab 1437H bersamaan 10 April 2016 lalu. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Ilmuan Warisan dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Bachok.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur serta Puan Shahariah Norain Binti Shaharuddin, pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan yang turut hadir pada sesi tersebut. 

GPTD Turki akan meneruskan program Jelajah IPT - WMT ke IPT terpilih di seluruh negara untuk berkongsi  pengalaman dan catatan pengembaraan. Sekiranya tuan / puan / saudara / saudari berminat untuk menjemput kami ke institusi pengajian uan / puan / saudara / saudari, bolehlah hantarkan e-mel bertajuk 'Jemputan Mengadakan Sesi Perkongsian WMT' ke gptd.turki@gmail.com beserta tarikh cadangan.

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP