Ahad, 24 April 2016

[UM] Kembara Menjejak Warisan Uthmaniyah

Pada hari Selasa, 18 Rejab 1437H / 26 April 2016 ini saya dijemput untuk berkongsi maklumat dalam program anjuran Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Kepada yang berkelapangan, jemput hadir!

Selasa, 12 April 2016

Perkongsian WMT di UMK, Kelantan

Kisah kembara Wisata Madani Turki telah dikongsikan pada Ahad, 2 Rejab 1437H bersamaan 10 April 2016 lalu. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Ilmuan Warisan dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Bachok.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur serta Puan Shahariah Norain Binti Shaharuddin, pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan yang turut hadir pada sesi tersebut. 

GPTD Turki akan meneruskan program Jelajah IPT - WMT ke IPT terpilih di seluruh negara untuk berkongsi  pengalaman dan catatan pengembaraan. Sekiranya tuan / puan / saudara / saudari berminat untuk menjemput kami ke institusi pengajian uan / puan / saudara / saudari, bolehlah hantarkan e-mel bertajuk 'Jemputan Mengadakan Sesi Perkongsian WMT' ke gptd.turki@gmail.com beserta tarikh cadangan.

Khamis, 7 April 2016

Kenapa ke Luar Negara?

Assalamualaikum wa rahmatulLahi wa barokatuH

Selama berkecimpung dalam GPTD, 2 soalan yang biasanya akan ditanya adalah:
  1. Kenapa GPTD kaji tokoh Islam / masyarakat Muslim luar negara?
  2.  Nama GPTD letak TAMADUN DUNIA, tapi kenapa skop kajian hanya tumpu pada TAMADUN ISLAM je?
Ada juga yang langsung tak tanya apa-apa. Tapi yang ni biasanya yang jenis tak ambil peduli pasal GPTD. Hehehe...

Dalam ruangan yang terhad ni, aku nak bincang pasal soalan nombor 1 dulu. Hmm... bagaimana nak jawab ya?

Apa yang ada pada Muslim lain selain Malaysia? Banyak. Macam-macam ada. Bahasa, pakaian, makanan, adat resam, warna kulit, hampir semuanya BERBEZA. Tetapi yang satu tu tetap SAMA, AQIDAH ISLAMIYAHnya.

Kami ke luar negara bukan untuk melancong atau suka-suka. Bukan sekadar ambil gambar dan papar di laman sosial. Bukan sekadar nak merasa naik kapal terbang. Itu semua pakej yang kami perolehi dalam gerak kerja kami. Alhamdulillah.

Kami cuba menghayati beberapa firman ALlah S.W.T. berkaitan mengembara. Antaranya:

Rabu, 6 April 2016

Mengenang Pemergian 56 Tahun Mujaddid - Bediuzzaman Said Nursi

(Sumber gambar: www.havadisinuriye.com)

"Bismillah her hayrın başıdır"
Bismillah adalah permulaan setiap kebaikan.
(Sözler, Risale-i Nur)

Kalimah di atas dipetik dari jilid Kalimat (Sözler) yang merupakan sebahagian daripada koleksi Risalah an-Nur (Risale-i Nur) karangan Bediuzzaman Said Nursi.

Walaupun nampak ringkas, tapi ayat di atas amat mendalam ertinya.

Aku berkesempatan menziarahi kubur asal Bediuzzaman Said Nursi di Urfa. Tak berapa selepas kematiannya, jenazah beliau telah dipindahkan ke satu lokasi yang tidak diketahui umum.

23 Mac 2016, genap 56 tahun pemergian mujaddid agung, Bediuzzaman Said Nursi.
Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang diredhai.
Al-Fatihah.

"Bidoata Ringkas Bediuzzaman Said Nursi" - sila klik di sini

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP