Selasa, 12 April 2016

Perkongsian WMT di UMK, Kelantan

Kisah kembara Wisata Madani Turki telah dikongsikan pada Ahad, 2 Rejab 1437H bersamaan 10 April 2016 lalu. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Ilmuan Warisan dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Bachok.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur serta Puan Shahariah Norain Binti Shaharuddin, pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan yang turut hadir pada sesi tersebut. 

GPTD Turki akan meneruskan program Jelajah IPT - WMT ke IPT terpilih di seluruh negara untuk berkongsi  pengalaman dan catatan pengembaraan. Sekiranya tuan / puan / saudara / saudari berminat untuk menjemput kami ke institusi pengajian uan / puan / saudara / saudari, bolehlah hantarkan e-mel bertajuk 'Jemputan Mengadakan Sesi Perkongsian WMT' ke gptd.turki@gmail.com beserta tarikh cadangan.

Tiada ulasan:

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP