Selasa, 28 Julai 2009

Siri Sirah Osmaniyah: ORHAN GAZİ (Bahagian I)

Walaupun Kerajaan Osmaniyah (disebut Osmanlı dalam bahasa Turki) diasaskan oleh Osman bin Ertuğrul, namun anaknya, Orhan bin Osman yang juga masyhur sebagai Orhan Gazi, yang bertanggungjawab menggagaskan pemerintahan Osmaniyah sebagai suatu devlet (dawlah - negara) yang besar dan gagah.

Gagasan pemikirannya itu dikongsi bersama saudaranya, Alaeddin selepas kemangkatan ayahanda mereka.

Orhan turut menawarkan Alaeddin agar sama-sama memerintah wilayahnya sebagai Sultan.

Namun Alaeddin lebih senang Orhan menjadi pemerintah tunggal kerana Orhan telahpun dinamakan sebagai sebagai pewaris takhta.

Alaeddin turut berpendapat dawlah yang telah diasaskan oleh ayahanda mereka tidak harus berpecah dua.

Mendengar yang demikian, Orhan Gazi pun berkata, “Memandangkan engkau tidak mahu menerima tawaranku untuk memerintah, aku berharap agar engkau sudi menjadi penjaga kepada rakyatku; jadilah Wazir ku.”

Jawatan Wazir ketika itu setaraf dengan Perdana Menteri sekarang.

Menurut Hasrizal Abdul Jamil (2004), ketika gering di perbaringan, Osman telah berwasiat kepada Orhan Gazi yang bermaksud:
[Baca selanjutnya]

Isnin, 20 Julai 2009

PENGENALAN KEPADA KERAJAAN OSMANIYAH (DEVLETİ ALİYE-İ OSMANİYE) – Siri 1

Kerajaan Osmaniyah diasaskan oleh Osman Gazi atau nama sebenarnya Osman bin Ertuğrul bin Gündüz Alp, pada tahun 1299 Masihi (sesetengah pendapat mengatakan pada tahun 1289).

Kerajaan Osmaniyah mewarisi takhta kerajaan Seljuk Turki yang sebelum itu memerintah Anatolia, dan bukannya merampas kekuasaannya sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Selama lebih 600 tahun pemerintahan Osmaniyah, ia ditadbir oleh 36 orang sultan, yang mana dua sultan terakhir dikatakan hanya sebagai boneka akibat penggulingan dan pemberontakan rejim sekular.

Kerajaan Osmaniyah mencapai puncak penguasaannya pada tahun 1683, dan mulai lemah selepas itu pada zaman pemerintahan Sultan Mehmed IV.

(Baca selanjutnya)

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP