Khamis, 14 Mei 2015

Ulasan Buku: Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki



Tajuk:
Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki

Penerbit:
Karya Bestari (Grup Buku Karangkraf)
Penerbit Bersama:
Inspirasi i Media

Penulis:
(Prof. Madya Dr.) Mat Rofa Ismail

Tahun Penerbitan:
2015

Kulit:
'Paperback'

Saiz:
227mm X 160mm X 23mm

Berat:
450gm

Ketebalan:
366 mukasurat (isi)

Warna halaman:
Berwarna

Beli secara dalam talian

Ulasan:
 

Buku ini diterbitkan pada awal tahun 2015. Ia turut dijual semasa Konvensyen Ketamadunan Dunia 1.0 anjuran GPTD, yang mana penulis buku ini adalah salah seorang pembentang dalam konvensyen tersebut.
Buku ini diterbitkan dengan konsep travelog sejarah. Penulis mencatatkan pengalamannya berkelana ke banyak negara menjejaki hubungan Alam Melayu dengan Turki.
Antara pengisian menarik dalam buku ini adalah usaha dan peranan penting yang dimainkan oleh Syeikh Ahmad al-Fatani dalam usaha kemerdekaan Tanah Melayu dan juga sebagai duta peribadi Khalifah Uthmaniyah; hubungan Khilafah Uthmaniyah dengan masyarakat Melayu; sumbangan ilmuan Islam khususnya berkaitan sains dan teknologi yang membawa kepada Renaissance Eropah; serta kajian etnografi Melayu dan Turki.

Selasa, 12 Mei 2015

Grup Tokoh GPTD: Fatih Sultan Mehmed

Assalamualaikum warahmatulLah.

Berikutan pelaksanaan sistem latihan relawan baru yang dikuatkuasakan oleh GPTD mulai tahun 2014, keahlian GPTD Turki tidak lagi dibuka kepada umum.

Bagi saudara / saudari yang berminat untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan GPTD, bolehlah pra-daftar di sini.

Selepas melalui proses latihan yang ditetapkan, para relawan boleh memilih grup tokoh yang akan menjejak Sultan Muhammad al-Fatih, iaitu Grup Fatih sebagai fokus kajian seterusnya.

GPTD juga sedang menjelajah ke seluruh negara dalam kerangka memperkenalkan GPTD serta mendaftarkan ahli-ahli baru. Hujung minggu ini GPTD akan berada di Sabah. Kepada yang berminat, anda semua dialu-alukan untuk hadir. Masuk adalah percuma.

Jumpa di sana!




Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP