Khamis, 14 Mei 2015

Ulasan Buku: Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki



Tajuk:
Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki

Penerbit:
Karya Bestari (Grup Buku Karangkraf)
Penerbit Bersama:
Inspirasi i Media

Penulis:
(Prof. Madya Dr.) Mat Rofa Ismail

Tahun Penerbitan:
2015

Kulit:
'Paperback'

Saiz:
227mm X 160mm X 23mm

Berat:
450gm

Ketebalan:
366 mukasurat (isi)

Warna halaman:
Berwarna

Beli secara dalam talian

Ulasan:
 

Buku ini diterbitkan pada awal tahun 2015. Ia turut dijual semasa Konvensyen Ketamadunan Dunia 1.0 anjuran GPTD, yang mana penulis buku ini adalah salah seorang pembentang dalam konvensyen tersebut.
Buku ini diterbitkan dengan konsep travelog sejarah. Penulis mencatatkan pengalamannya berkelana ke banyak negara menjejaki hubungan Alam Melayu dengan Turki.
Antara pengisian menarik dalam buku ini adalah usaha dan peranan penting yang dimainkan oleh Syeikh Ahmad al-Fatani dalam usaha kemerdekaan Tanah Melayu dan juga sebagai duta peribadi Khalifah Uthmaniyah; hubungan Khilafah Uthmaniyah dengan masyarakat Melayu; sumbangan ilmuan Islam khususnya berkaitan sains dan teknologi yang membawa kepada Renaissance Eropah; serta kajian etnografi Melayu dan Turki.

Secara keseluruhan, buku ini banyak menonjolkan maklumat berkaitan sejarah perkembangan tamadun Islam khususnya berkaitan masyarakat Melayu dan kaitannya dengan Khilafah Uthmaniyah. Sepertimana tajuknya, buku ini menonjolkan lebih penumpuan kepada sumber manuskrip Melayu berbanding Turki – Uthmaniyah.
Kekurangan petikan sumber dari manuskrip Uthmaniyah dalam buku ini membuka ruang kepada para pencinta sejarah untuk menerus dan memantapkan lagi usaha yang telah dilakukan oleh penulis.
Keazaman penulis untuk membongkar penipuan yang dilakukan oleh sejarawan pro-penjajah adalah sesuatu yang wajar dipuji dan disambung bagi menimbulkan kembali semangat persaudaraan merentas sempadan yang sangat dituntut dalam Islam.
Penulis turut menyatakan banyak maklumat sejarah yang dikatakan fakta, wajar dinilai kembali khususnya mengikut neraca dan perspektif Islam. Seruan penulis untuk menerima atau menolak hujah-hujahnya secara ilmiah turut menggambarkan kesediaan beliau untuk memantapkan penirian berdasarkan hujah ilmu dan bukan secara emosional.
Buku ini wajar dibaca khususnya oleh para pengkaji sejarah, dalam usaha mengimbangi sejarah yang ditulis mengikut perspektif Barat. Buku ini juga dapat meningkatkan kembali jatidiri dan keyakinan masyarakat Melayu – Islam yang sebenarnya telah mencapai kemajuan jauh mendahului Barat sebelum mereka dijajah.

Tiada ulasan:

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP