Sabtu, 29 Mei 2010

Pembukaan Istanbul

Tarikh 29 Mei tiba lagi. Bagi kebanyakan pihak, tarikh tersebut tidak mencerminkan apa-apa yang signifikan.

Namun bagi mereka yang menekuni sejarah dan tamadun Islam, tarikh ini merupakan tarikh keramat yang mengubah perjalanan sejarah dunia.

Pagi 29 Mei 1453M merakamkan kejayaan ketumbukan tentera Kerajaan Osmani merealisasikan Hadis Rasulullah S.A.W. mengenai pembukaan Istanbul.

Perhatian harus kita tumpukan bukan sahaja terhadap strategi yang digunapakai bagi mencapai kejayaan yang diidamkan, bahkan kepada pembinaan keperibadian Sultan Muhammad al Fatih dan tenteranya.

Di antara fakta menarik yang mungkin boleh menjadi antara jawapan kepada kegawatan nilai peribadi belia hari ini adalah umur Sultan Muhammad al Fatih yang baru mencecah 21 tahun ketika memimpin tentera pembuka Istanbul.

Banyak perkara dapat dipelajari daripada peristiwa pembukaan Istanbul ini, khususnya apabila Rasulullah SAW sendiri mengisytiharkan ketumbukan tentera pembuka Istanbul terdiri daripada sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera (hadis riwayat Ahmad).

Semoga Ulangtahun Pembukaan Istanbul tahun ini dapat menyemarakkan lagi usaha kita untuk menjadi umat yang terbaik.

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP