Ahad, 30 Oktober 2011

Kesan Gempa Kuat di Van


Pada hari Ahad 23 Oktober 2011, jam 01:41 tengah hari waktu Turki, gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter telah melanda Van. Gempa tersebut telah menyebabkan kemusnahan teruk pada bangunan dan menyebabakan kematian.

Van merupakan wilayah yang terletak di bahagian tenggara Turki dan bersempadan dengan negara Iran. Mengikut maklumat rasmi, penduduk Van mencecah 1.05 juta (satu juta lima puluh ribu) orang.

Bandar yang paling teruk terjejas akibat gempa kali ini adalah Erciş (disebut Erjish) yang didiami oleh sekitar 75,000 orang penduduk.

Sehingga 29 Oktober, gempa yang berpusat di 16km ke utara Van itu turut mencatat 1301 gempa susulan berukuran dari 2 hingga 6 pada skala Richter.

Seramai 582 orang dilaporkan terkorban, 4,152 orang cedera, serta berpuluh ribu lagi terpaksa berlindung di dalam khemah sementara dalam menghadapi cuaca sejuk.

Dari 11,232 bangunan yang diperiksa, sebanyak 6,017 buah disahkan tidak layak didiami mengakibatkan kira-kira 60,000 orang hilang tempat tinggal.


(Sumber: İHH Yardım Vakfi, Earthquake-Report.com)

Tiada ulasan:

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP