Jumaat, 7 Jun 2013

Mari Belajar Bahasa Turki!


ALHAMDULILLAH, rasa amat bersyukur apabila kami berjaya mendapatkan naskhah buku ini, "Modern Turkish - A Complete Self-study Course for Beginners".

Bagi mereka yang bercadang untuk berada di Turki dalam jangkamasa yang panjang atau kerap, buku ini amat baik untuk ditekuni sebelum ke sana.



Buku ini diolah khas bagi mereka yang tidak punya masa untuk menghadiri kelas Bahasa Turki secara formal. Penerangannya walaupun ringkas, namun mampu meningkatkan pemahaman asas bahasa Turki.



Latihan-latihan turut disediakan dalam buku ini bagi membantu pembaca meningkatan kecekapan berbahasa Turki. Cakera padat audio (audio CD) turut disediakan percuma bersama buku ini bagi membantu pelajar membunyikan huruf dengan tepat.


Bagi mereka yang  inginkan 'kelas' bahasa Turki yang ringkas dan 'mudah-alih', buku ini amat bersesuaian. Namun begitu, penerangan di dalam buku ini menggunakan bahasa Inggeris.

Terdapat banyak buku seumpama ini di Bazar Buku İstanbul (İstanbul Sahaflar Çarşısı) mengikut tahap penguasaan bahasa yang berbeza.

İstanbul Sahaflar Çarşısı terletak berhadapan Universiti İstanbul dan bersebelahan Masjid Beyazit II.
Jangan lupa dapatkannya jika ke sana!

Tiada ulasan:

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP