Selasa, 31 Julai 2012

Wisata Madani Türki 2012 [Bahagian 1]

Izham yang kesejukan, suhu mencecah 16°C ketika mendarat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Atatürk, İstanbul


Assalamualaykum, merhaba!

Wisata Madani Türki kembali lagi! Alhamdulillah, kali ni kami berkesempatan ke İstanbul dan Ankara. Kembara kali ni disertai oleh saya (Che Din), Izham, dan Huzaifah.

Tak disangka, rupa-rupanya kembara kali yang paling memenatkan sepanjang penganjuran Wisata Madani Türki yang dah masuk kali ke-3 ni.

Mana tidaknya, kami akan berjalan kaki hampir 10km setiap hari dari tempat penginapan ke stesen komuter, seterusnya ke lokasi yang kami tujui.

Tapi, penat-penat pun, kami rasa seronok sebab dapat perhatikan macam-macam gelagat masyarakat di sana. Selain tu, dapat la saya susutkan berat badan sikit. Ehem.. ehem..

Setiap tempat yang kami ziarahi telah kami cuba buat liputan sebaik-baiknya (foto & video). Liputan itu akan kami kongsikan dengan rakyat Malaysia nanti, insya ALlah.

Selat Bosforus yang sangat indah, juga menjadi saksi banyak peristiwa bersejarah

Kembara kali ini amat menarik sebab turut disertai oleh Sdr. Huzaifah (Setiausaha Agung GPTD) yang turut bertindak sebagai Penyelaras Program merangkap Pengarah Kreatif.

Kembara kali ini juga terdapat beberapa kejutan kerana tanpa disangka-sangka, pengembaraan kami turut disertai oleh 2 orang wakil Grup Peguam ABIM (GPA) iaitu Tn. Khairul Anuar dan Tn. Idzuafi Hadi.

Selain itu, kami juga berkesempatan bertemu dengan beberapa orang tokoh di bumi bertuah ini. Jika anda nak tahu siapa yang kami jumpa, apa aktiviti kami sepanjang berada di sana, rajin-rajinlah jenguk ke blog ni!

...bersambung ke Bahagian seterusnya

Tiada ulasan:

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP