Selasa, 31 Julai 2012

Seminar Pemikiran Bediuzzaman Said Nursi


Alhamdulillah, 14 Julai yang lalu, GPTD Türki berkesempatan menghadiri Seminar Pemikiran Bediuzzaman Said Nursi anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia Cawangan Negeri Selangor (WADAH Selangor).

Seminar ini telah diadakan di Dewan Kuliah 2, Universiti Industri Selangor (UNISEL) Shah Alam.




Selain 2 ahli panel tempatan iaitu Prof. Madya Dr. Hj. Fadhlullah Jamil dan Tn. Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman, program ini turut diserikan dengan kehadiran Ustaz Sadik Ozata, wakil Yayasan Hayrat Cawangan Malaysia selaku ahli panel.


Selepas pembentangan oleh ketiga-tiga ahli panel, sesi dialog telah diadakan untuk memberi ruang para peserta berinteraksi dengan para panelis dalam bentuk pertanyaan dan perkongsian pendapat.


Sesi terakhir seminar telah diisi dengan pembicaraan oleh Tn. Hj. Nik Yusoff Nik Ismail (Pak Nik) dan Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Abd Latiff yang telah menekankan tentang pentingnya generasi hari ini mengambil pengajaran daripada perjuangan Bediuzzaman Said Nursi serta bagaimanakah golongan muda dapat mengaplikasikan pengajaran tersebut dalam usaha mengangkat martabat umat hari ini.

Tiada ulasan:

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP