Tajuk:
Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki
Penerbit:
Karya Bestari (Grup Buku Karangkraf)
Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki
Penerbit:
Karya Bestari (Grup Buku Karangkraf)
Penerbit Bersama:
Inspirasi i Media
Penulis:
(Prof. Madya Dr.) Mat Rofa Ismail
Tahun Penerbitan:
2015
Kulit:
'Paperback'
Saiz:
227mm X 160mm X 23mm
Berat:
450gm
Ketebalan:
366 mukasurat (isi)
Warna halaman:
Berwarna
Beli secara dalam talian
Ulasan:
Penulis:
(Prof. Madya Dr.) Mat Rofa Ismail
Tahun Penerbitan:
2015
Kulit:
'Paperback'
Saiz:
227mm X 160mm X 23mm
Berat:
450gm
Ketebalan:
366 mukasurat (isi)
Warna halaman:
Berwarna
Beli secara dalam talian
Ulasan:
Buku ini diterbitkan pada awal tahun
2015. Ia turut dijual semasa Konvensyen Ketamadunan Dunia 1.0 anjuran GPTD,
yang mana penulis buku ini adalah salah seorang pembentang dalam konvensyen
tersebut.
Buku ini diterbitkan dengan konsep
travelog sejarah. Penulis mencatatkan pengalamannya berkelana ke banyak negara menjejaki
hubungan Alam Melayu dengan Turki.
Antara pengisian menarik dalam buku
ini adalah usaha dan peranan penting yang dimainkan oleh Syeikh Ahmad al-Fatani
dalam usaha kemerdekaan Tanah Melayu dan juga sebagai duta peribadi Khalifah
Uthmaniyah; hubungan Khilafah Uthmaniyah dengan masyarakat Melayu; sumbangan
ilmuan Islam khususnya berkaitan sains dan teknologi yang membawa kepada Renaissance
Eropah; serta kajian etnografi Melayu dan Turki.
Secara keseluruhan, buku ini banyak menonjolkan maklumat berkaitan sejarah perkembangan tamadun Islam khususnya berkaitan masyarakat Melayu dan kaitannya dengan Khilafah Uthmaniyah. Sepertimana tajuknya, buku ini menonjolkan lebih penumpuan kepada sumber manuskrip Melayu berbanding Turki – Uthmaniyah.
Kekurangan petikan sumber dari
manuskrip Uthmaniyah dalam buku ini membuka ruang kepada para pencinta sejarah
untuk menerus dan memantapkan lagi usaha yang telah dilakukan oleh penulis.
Keazaman penulis untuk membongkar
penipuan yang dilakukan oleh sejarawan pro-penjajah adalah sesuatu yang wajar
dipuji dan disambung bagi menimbulkan kembali semangat persaudaraan merentas
sempadan yang sangat dituntut dalam Islam.
Penulis turut menyatakan banyak maklumat
sejarah yang dikatakan fakta, wajar dinilai kembali khususnya mengikut neraca
dan perspektif Islam. Seruan penulis untuk menerima atau menolak hujah-hujahnya
secara ilmiah turut menggambarkan kesediaan beliau untuk memantapkan penirian
berdasarkan hujah ilmu dan bukan secara emosional.
Buku ini wajar dibaca khususnya oleh
para pengkaji sejarah, dalam usaha mengimbangi sejarah yang ditulis mengikut perspektif
Barat. Buku ini juga dapat meningkatkan kembali jatidiri dan keyakinan
masyarakat Melayu – Islam yang sebenarnya telah mencapai kemajuan jauh
mendahului Barat sebelum mereka dijajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan