Makam Fatih Sultan Mehmed - pandangan dari luar (bangunan besar di belakangnya adalah Fatih Jamii) |
Kembara kami diteruskan dengan mengunjungi Masjid dan Kompleks Fatih, atau dalam bahasa Turki disebut Fatih Camii ve Külliyesi. Kami hanya berjalan kaki meneruskan kembara memandangkan jarak yang tak berapa jauh dari rumah Mehmet. Kami ditemani Sinan, sahabat Mehmet.
Kompleks Fatih asalnya merangkumi Masjid Fatih, pusat pengajian (rendah, menengah, tinggi), pusat tahfiz (Darul-Quran), hospital, rumah tamu, dewan makan percuma, karavansaray, bilik mandi umum, kutub khanah, menara jam, serta makam Fatih Sultan Mehmed dan isterinya.
Kemudiannya 425 jenazah yang terdiri dari tokoh Osmanlı turut dimakamkan di kompleks ini. Mereka terdiri dari ulama', ahli sufi, mujahidin, pembesar dan juga sasterawan / seniman.
Döviz = pengurup wang |
[Petua Kembara: Sesetengah tempat tumpuan pelancong menerima mata wang Euro dan Dollar Amerika. Namun urusan lebih mudah sekiranya menggunakan matawang Lira Turki (TL).]
Kadar tukaran Euro ke Lira (tahun 2012) |
[Petua Kembara: Sentiasa pastikan jumlah wang yang diterima sama dengan nilai yang tertera dalam resit.]
Kelihatan seorang pengawal keselamatan berada di pintu masuk makam |
AlhamdulilLah, akhirnya sampai juga kami ke destinasi. Sebaik sahaja tiba di perkarangan Kompleks Fatih, kami putuskan untuk menziarahi Makam Fatih Sultan Mehmed terlebih dahulu kerana kerja-kerja pemuliharaan Majid Fatih sedang rancak dijalankan.
Setibanya di hadapan pintu makam, kehadiran kami dialu-alukan oleh pengawal keselamatan. Dia memaklumkan bahawa penggunaan tripod, rakaman video, dan penetap kilauan (camera flash) adalah dilarang.
Makam Fatih Sultan Mehmed yang diselimuti kiswah (kelambu) Kaabah |
Secara peribadi, ini kali kedua aku mengunjungi makam ini. Kali pertama adalah pada tahun 2005. Perasaan bercampur-baur aku rasakan tatkala menjejakkan kaki ke sini semula.
Bangunan makam ini bukan yang asal. Binaan asal telah runtuh bersama-sama Masjid Fatih akibat gempa bumi kuat pada tahun 1766 Masihi.
Di bahagian atas pintu masuk - sebelah dalam |
Di bahagian ini tercatat kalimah "Huwal-Khollaqul-Baaqii" (Dialah Yang Maha Menciptakan dan Maha Kekal) dan "kullu nafsin zaa-iqotul-maut" (setiap jiwa pasti akan merasai mati). Di bawahnya pula dicatatkan dalam tulisan Osmanlıca: "Tuanku Sultan Abdulhamid mengarahkan agar kalimah-kalimah ini dicatat agar dapat diambil pengajaran dan ditempatkan di makam yang bercahaya ini."
Keindahan kubah makam yang dihiasi seni halus Turki |
Makam Fatih Sultan Mehmed - tertera amaran "El Sürmeyiniz" (Jangan Sentuh). Di belakangnya kelihatan jata Osmanlı di dalam bingkai emas. |
Kelihatan seorang makcik sedang berdoa di hadapan makam |
Rehal di sisi tingkap |
Ketenangan suasana di sini juga menyebabkan makam di sini merupakan
tempat yang selesa untuk membaca al-Quran. Rehal dan naskhah al-Quran
juga disediakan.
Sejarah ringkas Fatih Sultan Mehmed |
Bergambar kenang-kenangan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan