Pada hari Selasa, 18 Rejab 1437H / 26 April 2016 ini saya dijemput untuk berkongsi maklumat dalam program anjuran Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Kepada yang berkelapangan, jemput hadir!
Ahad, 24 April 2016
Selasa, 12 April 2016
Perkongsian WMT di UMK, Kelantan
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur serta Puan Shahariah Norain Binti Shaharuddin, pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan yang turut hadir pada sesi tersebut.
GPTD Turki akan meneruskan program Jelajah IPT - WMT ke IPT terpilih di seluruh negara untuk berkongsi pengalaman dan catatan pengembaraan. Sekiranya tuan / puan / saudara / saudari berminat untuk menjemput kami ke institusi pengajian uan / puan / saudara / saudari, bolehlah hantarkan e-mel bertajuk 'Jemputan Mengadakan Sesi Perkongsian WMT' ke gptd.turki@gmail.com beserta tarikh cadangan.
Khamis, 7 April 2016
Kenapa ke Luar Negara?
Assalamualaikum wa rahmatulLahi wa barokatuH
Selama berkecimpung dalam GPTD, 2 soalan yang biasanya akan ditanya adalah:
Dalam ruangan yang terhad ni, aku nak bincang pasal soalan nombor 1 dulu. Hmm... bagaimana nak jawab ya?
Apa yang ada pada Muslim lain selain Malaysia? Banyak. Macam-macam ada. Bahasa, pakaian, makanan, adat resam, warna kulit, hampir semuanya BERBEZA. Tetapi yang satu tu tetap SAMA, AQIDAH ISLAMIYAHnya.
Kami ke luar negara bukan untuk melancong atau suka-suka. Bukan sekadar ambil gambar dan papar di laman sosial. Bukan sekadar nak merasa naik kapal terbang. Itu semua pakej yang kami perolehi dalam gerak kerja kami. Alhamdulillah.
Kami cuba menghayati beberapa firman ALlah S.W.T. berkaitan mengembara. Antaranya:
Selama berkecimpung dalam GPTD, 2 soalan yang biasanya akan ditanya adalah:
- Kenapa GPTD kaji tokoh Islam / masyarakat Muslim luar negara?
- Nama GPTD letak TAMADUN DUNIA, tapi kenapa skop kajian hanya tumpu pada TAMADUN ISLAM je?
Dalam ruangan yang terhad ni, aku nak bincang pasal soalan nombor 1 dulu. Hmm... bagaimana nak jawab ya?
Apa yang ada pada Muslim lain selain Malaysia? Banyak. Macam-macam ada. Bahasa, pakaian, makanan, adat resam, warna kulit, hampir semuanya BERBEZA. Tetapi yang satu tu tetap SAMA, AQIDAH ISLAMIYAHnya.
Kami ke luar negara bukan untuk melancong atau suka-suka. Bukan sekadar ambil gambar dan papar di laman sosial. Bukan sekadar nak merasa naik kapal terbang. Itu semua pakej yang kami perolehi dalam gerak kerja kami. Alhamdulillah.
Kami cuba menghayati beberapa firman ALlah S.W.T. berkaitan mengembara. Antaranya:
Rabu, 6 April 2016
Mengenang Pemergian 56 Tahun Mujaddid - Bediuzzaman Said Nursi
(Sumber gambar: www.havadisinuriye.com) |
"Bismillah her hayrın başıdır"
Bismillah adalah permulaan setiap kebaikan.
(Sözler, Risale-i Nur)
Kalimah di atas dipetik dari jilid Kalimat (Sözler) yang merupakan sebahagian daripada koleksi Risalah an-Nur (Risale-i Nur) karangan Bediuzzaman Said Nursi.
Walaupun nampak ringkas, tapi ayat di atas amat mendalam ertinya.
Aku berkesempatan menziarahi kubur asal Bediuzzaman Said Nursi di Urfa. Tak berapa selepas kematiannya, jenazah beliau telah dipindahkan ke satu lokasi yang tidak diketahui umum.
23 Mac 2016, genap 56 tahun pemergian mujaddid agung, Bediuzzaman Said Nursi.
Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang diredhai.
Al-Fatihah.
"Bidoata Ringkas Bediuzzaman Said Nursi" - sila klik di sini