Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877M di sebuah kampung kecil bernama Nurs, yang terletak di daerah Hizan, dalam wilayah Bitlis (Timur Turki).
Beliau merupakan seorang ulama’ yang terbilang. Said Nursi tidak hanya menguasai ilmu-ilmu tradisional Islam, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu sains moden.
Disebabkan keilmuan beliau dalam bidang agama, ditambah pula dengan pengetahuan sains dan kepetahan berhujah, Said Nursi digelar ‘Badiuzzaman’, yang bermaksud keagungan zaman.
Badiuzzaman Said Nursi menyokong pendekatan tanpa kekerasan dan hubungan baik terhadap pihak Kristian.
Beliau membawakan ajaran Islam sepertimana yang diajar melalui sunnah RasulNya, dan juga menggunakan pendekatan melalui sains moden, serta mengasaskan sebuah universiti di bahagian timur wilayah Osmanlı, yang dinamakan
Madarasah az-Zahra.
Walau bagaimanapun, kekalahan pihak Osmanlı di dalam Perang Dunia Pertama menyaksikan kehancuran Dawlah Osmanlı, serta penaklukan Istanbul dan beberapa bahagian wilayah Turki oleh kuasa asing, sekaligus merencatkan perkembangan
Madrasah az-Zahra.
Detik-detk pahit ini turut menyaksikan transformasi dari Said Lama ke Said Baru, menandakan fasa baru dalam hidup Badiuzzaman.
Di sebalik sanjungan yang diterima atas khidmat yang beliau sumbangkan di dalam
Darul Hikmah al-Islamiyyah*, dan sebagai seorang pejuang menentang British, Badiuzzaman melalui suatu perubahan mental dan spiritual.
Menyedari akan ketidaksempurnaan sains kemanusiaan dan falsafah keilmuan sebagai usaha beliau sampai kepada kebenaran hakiki, beliau memperkukuh pegangannya terhadap al-Quran sebagai panduannya yang mutlak.