Walaupun Kerajaan Osmaniyah (disebut Osmanlı dalam bahasa Turki) diasaskan oleh Osman bin Ertuğrul, namun anaknya, Orhan bin Osman yang juga masyhur sebagai Orhan Gazi, yang bertanggungjawab menggagaskan pemerintahan Osmaniyah sebagai suatu devlet (dawlah - negara) yang besar dan gagah.
Gagasan pemikirannya itu dikongsi bersama saudaranya, Alaeddin selepas kemangkatan ayahanda mereka.
Orhan turut menawarkan Alaeddin agar sama-sama memerintah wilayahnya sebagai Sultan.
Namun Alaeddin lebih senang Orhan menjadi pemerintah tunggal kerana Orhan telahpun dinamakan sebagai sebagai pewaris takhta.
Alaeddin turut berpendapat dawlah yang telah diasaskan oleh ayahanda mereka tidak harus berpecah dua.
Mendengar yang demikian, Orhan Gazi pun berkata, “Memandangkan engkau tidak mahu menerima tawaranku untuk memerintah, aku berharap agar engkau sudi menjadi penjaga kepada rakyatku; jadilah Wazir ku.”
Jawatan Wazir ketika itu setaraf dengan Perdana Menteri sekarang.
Menurut Hasrizal Abdul Jamil (2004), ketika gering di perbaringan, Osman telah berwasiat kepada Orhan Gazi yang bermaksud:
[Baca selanjutnya]
Selasa, 28 Julai 2009
Siri Sirah Osmaniyah: ORHAN GAZİ (Bahagian I)
Isnin, 20 Julai 2009
PENGENALAN KEPADA KERAJAAN OSMANIYAH (DEVLETİ ALİYE-İ OSMANİYE) – Siri 1
Kerajaan Osmaniyah diasaskan oleh Osman Gazi atau nama sebenarnya Osman bin Ertuğrul bin Gündüz Alp, pada tahun 1299 Masihi (sesetengah pendapat mengatakan pada tahun 1289).
Kerajaan Osmaniyah mewarisi takhta kerajaan Seljuk Turki yang sebelum itu memerintah Anatolia, dan bukannya merampas kekuasaannya sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Selama lebih 600 tahun pemerintahan Osmaniyah, ia ditadbir oleh 36 orang sultan, yang mana dua sultan terakhir dikatakan hanya sebagai boneka akibat penggulingan dan pemberontakan rejim sekular.
Kerajaan Osmaniyah mencapai puncak penguasaannya pada tahun 1683, dan mulai lemah selepas itu pada zaman pemerintahan Sultan Mehmed IV.
(Baca selanjutnya)
Sabtu, 2 Mei 2009
Fatih Sultan Mehmed
Constantinople diasaskan oleh Maharaja Byzantine, Constantine I pada 330M dengan menjadikannya ibu kota Empayar Byzantine.
Namun begitu, dikatakan kota ini telah wujud sejak zaman empayar Parsi dan Alexander Agung lagi, iaitu sekitar 667 tahun sebelum Masihi.
Tentera Salib turut menjadikan Constantinople sebagai markas dalam ekspedisi peperangan untuk menjajah dan menindas umat Islam.
Jumaat, 17 April 2009
Badiuzzaman Said Nursi, Ulama, Mujaddid & Sufi Besar Abad 20
Beliau yang kemudiannya diberi gelaran Badiuzzaman (Keagungan Zaman) berketurunan Kurdi dan tidak bertutur di dalam Bahasa Turki, hinggalah beliau berhijrah ke bandar Van.
Semasa di Van, beliau telah membuat analisa terhadap tahap kefahaman masyarakat tempatan, khususnya kaum Kurdi terhadap Islam.
Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa beliau berkewajipan untuk belajar ilmu-ilmu Sains supaya dapat disinergikan dengan ilmu teras Islam yang lain.
Badiuzzaman Said al-Nursi telah meluangkan masa belajar dengan tekun ilmu Geografi, Fizik dan Falak.
Rabu, 11 Februari 2009
91 Tahun Kemangkatan Khalifah Terakhir: Sultan Abdul Hamid II
Pada 10 Februari 2009 (Selasa) genaplah 91 tahun kemangkatan khalifah Islam yang ke-34, Sultan Abdul Hamid II. Walaupun baginda bukan Sultan bagi kerajaan Islam yang terakhir, namun baginda dianggap Khalifah terakhir kerana Khalifah yang dilantik selepas pemecatan beliau tidak lagi mempunyai kuasa sebagaimana baginda.
Siapakah sebenarnya Sultan Abdul Hamid ini?
[Baca selanjutnya]